[TERKINI] Inflasi makanan meningkat 5.2 peratus pada Mei 2022

2022-06-24 0

Indeks Harga Pengguna Mei 2022 meningkat 2.8 peratus kepada 126.6 berbanding 123.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Kenaikan ini melepasi purata inflasi bagi tempoh Januari 2011 hingga Mei 2022 (1.9%). Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan hari ini dalam keluaran terkini Indeks Harga Pengguna (IHP), Mei 2022.